BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 19, 2008

To all Tabung Haji Students



Assalamulaikum,

First of all thank you to those yang dah pun hantar assignments and placement paper. Some of you might still not get my replies..but I'll be sending it soon. Sorry for some of the delays as i had a few hickups to access my new e-mail system. Some of you did send me some e-mails regarding the requirement of the group projects. I hope this help:

PANDUAN PENULISAN TUGASAN KUMPULAN

1.Keseluruhan tugasan WAJIB ditulis sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Namun demikian, penggunaan perkataan atau terminologi Inggeris dibenarkan sekiranya tiada perkataan Melayu yang bersesuaian.(jika ditulis dalam bahasa Malayu).
2.Para pelajar dinasihatkan menggunakan Perisian yang bersesuaian (cth: MS Word dsb) dan digalakkan untuk disimpan (save) dalam format Pdf. Manuskrip jawapan hendaklah ditaip dengan kemas, bersih dan selaras dengan menggunakan kertas bersaiz A4 putih sahaja.
3. Tulisan hendaklah menggunakan font Comic Sans MS , bersaiz 11. Setiap baris perkataan perlulah konsisten dengan langkau 1.5 baris.
4. Format tugasan:
a) Muka depan (tajuk, kod/nama kursus, nama pensyarah, nama/nombor matrik, dan tarikh serahan)
b) Senarai kandungan
c) Abstrak
d) Pengenalan – pengenalan kepada tajuk dan imbasan (overview)
e) Huraian & Perbincangan dan cadangan
f) Kesimpulan
g) Rujukan
h) Lampiran
5. Bahagian huraian dan perbincangan adalah bahagian yang AMAT PENTING dan menyumbang markah markah tertinggi secara keseluruhannya. Oleh itu, para pelajar perlu merancang atau merangka bahagian-bahagian atau sub-bahagian yang relevan dengan tajuk tugasan.
6. DICADANGKAN supaya perlu ada sekurang-kurangnya ada 5 sub-bahagian dalam tugasan.
7. Tidak ada syarat yang akan diletakkan untuk jumlah helaian muka surat. Pelajar diingatkan jumlah helaian muka surat akan bergantung kepada jumlah isi kandungan yang ingin dibentangkan dan seboleh mungkin perlu mewakili jumlah ahli dalam kumpulan.
8. Pelajar perlu menggunakan BIBLIOGRAFI dengan format penulisan adalah berdasarkan A.P.A system.
9. Sebelum menyerahkan manuskrip jawapan, para pelajar menyemak perkara-perkara berikut ;
a) Semak-ejaaan.
b) Pengiraan/input data jadual, rajah, simbol matematik dan formula.
c) Ketekalan (konsistensi) yakni dari segi perkataan, penggunaan huruf huruf (besar dan kecil, huruf condong), dan label tepat, urutan jadual dan rajah tepat.
d) Tiada unsur plagiat berlaku dan perlu diingati kegiatan plagiat menyebabkan KEPUTUSAN PEPERIKSAAN boleh dibatalkan.
10. Penilaian tugasan perlu mengambilkira beberapa perkara. Antaranya ialah isi kandungan, pembahagian bab atau sub-tajuk, ilustrasi atau jadual atau gambarajah atau yang berkaitan, rujukan dan lampiran berkaitan sahaja, dan sebagainya.

"Forgive your enemies, but never forget their names."
~John F. Kennedy~


0 comments: